Saturday, 25 January 2014

Sejarah Teralak Asli Di Malaysia


ABU TAMAM INDERAMUDA(ENDARMUDA)
Silat Teralak dibawa masuk ke Kelantan oleh Allahyarham Abu Tamam Inderamuda(Endarmuda) Nasution yang berasal dari Hutarim Baru, Padang Sidimpuan (Mandahiling) sekitar tahun 1920an. Abu Tamam masuk ke Kelantan selaku pegawai Pentadbir Tanah untuk berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu. Beliau merupakan salah seorang murid Syeikh Ali yang menguasai ilmu persilatan Teralak.
Abu Tamam memperturunkan ilmu persilatan Teralak ini kepada dua orang adik-beradik iaitu Allahyarham  Harun Bin Daud(En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) yang berasal dari Kampung Puteh, Kota Baharu, Kelantan. Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) mempunyai ramai murid yang ada dikalangan mereka yang membuka gelanggang.
Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) merupakan bapa saudara kepada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe). Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sangat beruntung apabila kedua-dua bapa saudaranya telah memperturunkan rahsia-rahsia ilmu persilatan Teralak kepada beliau secara rahsia (diajar secara sembunyi-sembunyi di atas rumah) tidak seperti orang lain yang diajar ramai-ramai secara terbuka.
Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) telah mendaftarkan secara rasmi Pertubuhan Silat Seni Teralak Kelantan pada tahun 1970. Berikut merupakan murid-murid Che Awe yang sempat mempelajari Ilmu Persilatan Teralak daripada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sendiri.
~Allahyarham Cikgu Rashid, Tuan Haji Che Muhammad Norawi Che Harun, Cikgu Hanapi B. Abdul Rahman, Cikgu Saffini B. Deraman.
~En Zuraidy, En Razali (Zaid), En Raja Mokhtar, En Hanizam B. Deraman. En. Azman TNB,
~En Mohd Aswadi Bin Arifin (Raja), En Nazrudin Bin Md Nawi, Pn Yusdeelah Binti Jusoh, En Aziz bin Remeli, Pn. Maznah Bt Yaacob, En. Johan b. Mohamad.

Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Kelantan (PSSTAK) kemudiannya dinaik taraf pendaftarannya kepada Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia(PSSTAM) di bawah pimpinan Yang Dipertua Cikgu Hanapi Abdul Rahman. Kini PSSTAM memiliki gelanggang bukan sahaja di Kelantan, malah turut ada gelanggang di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak, Pahang & Johor.


1 comment:

  1. Assalamualaikum,,Sejarah ini perlu didetailakan jangan menidakkan kewujudan orang lain kerana tidak sebulu dengan kita, payah nak jawab nanti...ingat hidup bukan menongkat langit...ilmu hak Allah yang diberi milik pada manusia sahaja. Ini adalah sejarah jgn diputar belitkan...

    ReplyDelete