Pada tahun 2013 Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia telah mencipta sejarah apabila seorang
jurulatih pertubuhan telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai jurulatih wanita pertama negara untuk melatih skuad silat sukan SEA di Myanmar.
Beliau adalah Saudari Yusdeelah Jusoh. Berikut merupakan antara koleksi gambar beliau semasa menjadi jurulatih skuad silat negara. Semoga kejayaan beliau menjadi pendorong dan semangat kepada ahli pertubuhan untuk mencipta lebih banyak sejarah dan mengharumkan nama silat Teralak Asli.
Biodata Saudari Yusdeelah Jusoh
Nama : Yusdeelah bt Jusoh
D.O.B : 18 Januari
Tempat Lahir : Kg Bunut Payong
Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Teknologi Mara.
Pengalaman Kejurulatihan :
1) 2014 : Jurulatih SUKMA Kelantan di Perlis
2) 2013 : - Jurulatih Malaysia Sukan Sea Myanmar
- Jurulatih Remaja ASEAN school game di Vietnam
3) 2012 : Jurulatih SUKMA Kelantan di Pahang
4) 2011 : Jurulatih wilayah persekutuan Kuala Lumpur pasukan remaja di Melaka.
5) 2010 : Jurulatih Selangor pasukan remaja di Melaka
6) 1994 - 1998 : Jurulatih remaja Teralak Asli Kelantan.
Pencapaian sebagai Jurulatih:
1) 2014 : Pemilihan SUKMA kelantan ( 5 emas )
2) 2013 : -SEA games (2 emas, 1 perak, 4 gangsa)
- ASEAN school game ( 2 emas, 4 perak, 7 gangsa)
3) 2012 : SUKMA kelantan (3 emas, 1 gangsa)
4) 2011 : - 7 pesilat Teralak Asli Sepang mendapat emas dan terpilih mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Remaja Kebangsaan ( 1Perak, 2 gangsa).
5) 2010 : - 2 pesilat Teralak Asli sepang mendapat emas dan terpilih mewakili selangor.
- Remaja Malaysia ( 1 perak 1 gangsa)
MOTTO HIDUP : Jasad ini hanya pinjaman, berbaktilah kepada diri sendiri, silat teralak asli, bangsa, agama dan negara selagi nyawa dikandung badan.
SLOGAN : Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.
No comments:
Post a Comment