Monday, 10 February 2014

Dari Kampung Ke Persada Dunia – Muhd Fikri Abd. Razak Berjaya Membuktikan Bahawa Pesilat Teralak Asli Adalah Bertaraf Dunia.



Siapa menyangka, 22 APRIL 2007 merupakan hari yang paling bersejarah bagi seorang anak muda yang berasal dari Kota Bharu Kelantan  apabila beliau telah ditabalkan sebagai juara remaja dunia . Gelanggang Brasschaat ,Belgium menjadi saksi  kemenangan  Muhd Fikri Abd Razak di pentas akhir Kejuaraan Silat Terbuka Dunia.  Berkat kekentalan semangat, latihan berterusan yang tidak mengenal erti penat lelah serta petunjuk dan doa dari jurulatih dan rakan seperguruan telah membuahkan sebuah kejayaan yang cukup bermakna untuk beliau dan pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia.  Kejayaan tersebut telah melayakkan beliau mendapat  pelbagai  anugerah dan pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan Negara seperti Anugerah Atlet Silat Remaja Dunia 2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Sekolah Sukan Bukit Jalil . Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang sekelip mata. Semoga semangat, pengorbanan  dan ketabahan beliau  sehingga bergelar juara dunia menjadi dorongan kepada generasi baru Pesilat Teralak Asli untuk melipatgandakan usaha  mengejar kejayaan. Berikut merupakan catatan serba ringkas mengenai  beliau yang sempat penulis nukilankan.

Nama:Muhammad Fikri Bin Abd Razak
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir:28 Mei
Negeri Kelahiran: Kelantan
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Putera
Tahun Mula Silat: 2003
 Pencapaian:-
  1. Emas – Open World Belgium Championship Pencak Silat pada 20-22 April 2007 Di Brasschaat Belgium.
  2. Perak – 2nd World Junior Pencak Silat Championship 2007 Singapura pada 8-12 Mac 2007.
  3. Kebangsaan: Emas – Kejuaraan silat remaja kebangsaan pada 20-25 Feb 2007 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru.
  4. Emas – Kejohanan silat olahraga remaja antara Pusat Latihan Negeri (PLN) Sirkit 2 pada 12-15 julai 2007 di Gerbang Sukan Terengganu,Majlis Sukan Negeri Terengganu,Terengganu Darul Iman.
  5. Gangsa – Kejuaraan silat remaja kebangsaan kali ke-5 pada 30mei-04jun 2005,di dewan di Dewan Kangar Perlis.
  6. Penyertaan – Pertandingan pencak silat sekolah- Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa pada 21-24Ogos 2006 Di stadium tertutup Paroi Seremban, Negeri Sembilan.
  7. Penyertaan – Pertandingan pencak silat sekolah- Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa pada 23-26Julai 2007 Di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam,Kota Bharu,Kelantan.
  8. Anugerah Atlet Silat Remaja Dunia 2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah sukan bukit jalil.
  9.  Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia MSSM – MILO 2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan De’Seri Endon,Puspanitapuri,Persint 10,Puterajaya pada 31 Julai 2008.
  10. Anugerah Tokoh Sukan Cemerlang Projek Kijang Emas Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kelantan yang disampaikan oleh YB.Dato’Noh Bin Omar,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 20 jun 2007 bertempat di Dewan SMK Putera. 










No comments:

Post a Comment