SUKMA 1996 menjadi saksi kehebatan pesilat-pesilat Teralak
Asli apabila 5 pesilat telah terpilih
mewakili negeri Kelantan. Pesilat –pesilat tersebut adalah saudara Raja Aswadi
Ariffin, Saudari Yusdeelah Jusoh, saudari Aszainizam, nor dan saudari Nik
Suriani. Kecemerlangan pesilat pada
tahun 1996 merupakan satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang
pada SUKMA 1998 di mana 7 pesilat Teralak Asli terpilih mewakili Negeri
Kelantan ( kisah SUKMA 1998 akan dimuatkan dalam entri akan datang). Keinginan untuk menaikkan nama Teralak Asli disamping
rasa kasih terhadap guru utama (Arwah Che Awe) menjadi dorongan kuat untuk
kesemua pesilat ini untuk terus berjuang hingga ke titisan keringat terakhir dan
seterusnya mencapai kejayaan.
Berikut merupakan gambar - gambar kenangan SUKMA 1996.
cikgu hanapi, arwah shamsudin (abg din), arwah che awe, paksu nor terlak 4 |
cikgu wan halim masih lagi dengan rambut hitam berkilat |
No comments:
Post a Comment