Thursday, 30 January 2014

Yang Dipertua PSSTAM - Cikgu Hanapi Ab. Rahman secara rasmi telah dilantik sebagai Presiden pertama Majlis Pendekar Malaysia cawangan Kelantan.

Cikgu Hanapi Ab. Rahman selaku Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia secara rasminya telah dilantik oleh Tan Sri Omar Din Mauju (Presiden Majlis Pendekar Malaysia -MPM) selaku Presiden pertama Majlis Pendekar Malaysia bagi Negeri Kelantan.  Perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan kepercayaan Tan Sri terhadap kebolehan dan kewibawaan YDP PSSTAM untuk memimpin sebuah pertubuhan yang diangotai oleh pelbagai disiplin seni bela diri di Malaysia.



Teralak Asli mencipta sejarah - Jurulatih wanita pertama Malaysia

Pada tahun 2013 Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia telah mencipta sejarah apabila seorang

jurulatih pertubuhan telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai jurulatih wanita pertama negara untuk melatih skuad silat sukan SEA di Myanmar.

Beliau adalah Saudari Yusdeelah Jusoh. Berikut merupakan antara koleksi gambar beliau semasa menjadi jurulatih skuad silat negara. Semoga kejayaan beliau menjadi pendorong dan semangat kepada ahli pertubuhan untuk mencipta lebih banyak sejarah dan mengharumkan nama silat Teralak Asli.

Biodata Saudari Yusdeelah Jusoh
Nama : Yusdeelah bt Jusoh
D.O.B : 18 Januari
Tempat Lahir : Kg Bunut Payong
Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Teknologi Mara.
Pengalaman Kejurulatihan :
1) 2014 :   Jurulatih SUKMA Kelantan di Perlis
2) 2013 : - Jurulatih Malaysia Sukan Sea Myanmar
               - Jurulatih Remaja ASEAN school game di Vietnam
3) 2012 :   Jurulatih SUKMA Kelantan di Pahang
4) 2011 :   Jurulatih wilayah persekutuan Kuala Lumpur pasukan                    remaja di Melaka.
5) 2010 :   Jurulatih Selangor pasukan remaja di Melaka
6) 1994 - 1998 : Jurulatih remaja Teralak Asli Kelantan.


Pencapaian sebagai Jurulatih:
                                                               
1) 2014 : Pemilihan SUKMA kelantan ( 5 emas )
                                                               
2) 2013 : -SEA games (2 emas, 1 perak, 4 gangsa)
                                                                             
               - ASEAN school game ( 2 emas, 4 perak, 7 gangsa)
                                                               
3) 2012 : SUKMA kelantan (3 emas, 1 gangsa)
                                                               
4) 2011 : - 7 pesilat Teralak Asli Sepang mendapat emas dan                                                                                       terpilih mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
                - Remaja Kebangsaan ( 1Perak, 2 gangsa).
                                                               
5) 2010 : - 2 pesilat Teralak Asli sepang mendapat emas dan                                                                                         terpilih mewakili selangor.
               - Remaja Malaysia ( 1 perak 1 gangsa)

MOTTO HIDUP : Jasad ini hanya pinjaman, berbaktilah kepada diri sendiri, silat teralak asli, bangsa, agama dan negara selagi nyawa dikandung badan.

SLOGAN : Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.
                                                             








Wednesday, 29 January 2014

Final kelas F terbuka UKM 2014.. wawan vs MSN Johor


Makna tersirat disebalik lambang Pertubuhan

(1)       Rekabentuk Logo/lambang

1.1 Cantuman dua bulatan di mana bulatan besar berwarna kuning mengandungi perkataan        PERTUBUHAN SENI SILAT TERALAK ASLI MALAYSIA dan garis tepinya berwarna hijau dan hitam

1.2 Bulatan besar dihiasi dengan lilitan bengkung hijau yang tertera perkataan MALAYSIA berwarna putih.

1.3 Bulatan kecil berwarna merah terdapat dua tapak tangan berwarna putih.

1.4 Gabungan bulatan besar dan lilitan bengkung menzahirkan huruf 'Q' .


(2) Keterangan Logo/ Lambang

2.1 Dua tapak tangan berwarna putih membawa maksud penyatuan dan perjuangan yang suci.

2.2 Warna merah membawa maksud ketegasan dan keberanian.

2.3 Bulatan kuning melambangkan Raja Berpelembagaan.

2.4 Bengkung hijau merupakan anugerah tertinggi pertubuhan.

2.5 Warna hijau membawa maksud keimanan dan keislaman.

2.6 Warna hitam membawa maksud kekuatan dan semangat perjuangan.

2.7 Huruf 'Q' yang zahir dari gabungan bulatan besar dan lilitan bengkung hijau membawa maksud 'Quality'.

Saturday, 25 January 2014

Di Antara Pertandingan dan Kejuaraan yang pernah disertai




Arkib Gambar Teralak Asli Malaysia

Allahyarham Harun Bin Daud bersama isteri
Allahyarham Harun Bin Daud
Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) bersama Allahyarham Sa’id Bin Daud
, Tuan Haji Che Muhammad Norawi Che Harun, Cikgu Hanapi B. Abdul Rahman

Sejarah Teralak Asli Di Malaysia


ABU TAMAM INDERAMUDA(ENDARMUDA)
Silat Teralak dibawa masuk ke Kelantan oleh Allahyarham Abu Tamam Inderamuda(Endarmuda) Nasution yang berasal dari Hutarim Baru, Padang Sidimpuan (Mandahiling) sekitar tahun 1920an. Abu Tamam masuk ke Kelantan selaku pegawai Pentadbir Tanah untuk berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu. Beliau merupakan salah seorang murid Syeikh Ali yang menguasai ilmu persilatan Teralak.
Abu Tamam memperturunkan ilmu persilatan Teralak ini kepada dua orang adik-beradik iaitu Allahyarham  Harun Bin Daud(En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) yang berasal dari Kampung Puteh, Kota Baharu, Kelantan. Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) mempunyai ramai murid yang ada dikalangan mereka yang membuka gelanggang.
Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) merupakan bapa saudara kepada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe). Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sangat beruntung apabila kedua-dua bapa saudaranya telah memperturunkan rahsia-rahsia ilmu persilatan Teralak kepada beliau secara rahsia (diajar secara sembunyi-sembunyi di atas rumah) tidak seperti orang lain yang diajar ramai-ramai secara terbuka.
Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) telah mendaftarkan secara rasmi Pertubuhan Silat Seni Teralak Kelantan pada tahun 1970. Berikut merupakan murid-murid Che Awe yang sempat mempelajari Ilmu Persilatan Teralak daripada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sendiri.
~Allahyarham Cikgu Rashid, Tuan Haji Che Muhammad Norawi Che Harun, Cikgu Hanapi B. Abdul Rahman, Cikgu Saffini B. Deraman.
~En Zuraidy, En Razali (Zaid), En Raja Mokhtar, En Hanizam B. Deraman. En. Azman TNB,
~En Mohd Aswadi Bin Arifin (Raja), En Nazrudin Bin Md Nawi, Pn Yusdeelah Binti Jusoh, En Aziz bin Remeli, Pn. Maznah Bt Yaacob, En. Johan b. Mohamad.

Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Kelantan (PSSTAK) kemudiannya dinaik taraf pendaftarannya kepada Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia(PSSTAM) di bawah pimpinan Yang Dipertua Cikgu Hanapi Abdul Rahman. Kini PSSTAM memiliki gelanggang bukan sahaja di Kelantan, malah turut ada gelanggang di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak, Pahang & Johor.