Thursday, 20 February 2014
Monday, 10 February 2014
Dari Kampung Ke Persada Dunia – Muhd Fikri Abd. Razak Berjaya Membuktikan Bahawa Pesilat Teralak Asli Adalah Bertaraf Dunia.
Siapa menyangka, 22 APRIL 2007 merupakan hari yang paling
bersejarah bagi seorang anak muda yang berasal dari Kota Bharu Kelantan apabila beliau telah ditabalkan sebagai juara remaja dunia .
Gelanggang Brasschaat ,Belgium menjadi saksi kemenangan
Muhd Fikri Abd Razak di pentas akhir Kejuaraan Silat Terbuka Dunia. Berkat kekentalan semangat, latihan
berterusan yang tidak mengenal erti penat lelah serta petunjuk dan doa dari
jurulatih dan rakan seperguruan telah membuahkan sebuah kejayaan yang cukup
bermakna untuk beliau dan pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia. Kejayaan tersebut telah melayakkan beliau
mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada kerajaan
negeri dan Negara seperti Anugerah Atlet Silat Remaja Dunia
2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran
Malaysia di Dewan Sekolah Sukan Bukit Jalil . Sesungguhnya kejayaan
tidak akan datang sekelip mata. Semoga semangat, pengorbanan dan ketabahan beliau sehingga bergelar juara dunia menjadi dorongan
kepada generasi baru Pesilat Teralak Asli untuk melipatgandakan usaha mengejar kejayaan. Berikut merupakan catatan
serba ringkas mengenai beliau yang
sempat penulis nukilankan.
Nama:Muhammad Fikri Bin Abd Razak
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir:28 Mei
Negeri Kelahiran: Kelantan
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Putera
Tahun Mula Silat: 2003
Pencapaian:-
- Emas – Open World Belgium Championship Pencak Silat pada 20-22 April 2007 Di Brasschaat Belgium.
- Perak – 2nd World Junior Pencak Silat Championship 2007 Singapura pada 8-12 Mac 2007.
- Kebangsaan: Emas – Kejuaraan silat remaja kebangsaan pada 20-25 Feb 2007 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru.
- Emas – Kejohanan silat olahraga remaja antara Pusat Latihan Negeri (PLN) Sirkit 2 pada 12-15 julai 2007 di Gerbang Sukan Terengganu,Majlis Sukan Negeri Terengganu,Terengganu Darul Iman.
- Gangsa – Kejuaraan silat remaja kebangsaan kali ke-5 pada 30mei-04jun 2005,di dewan di Dewan Kangar Perlis.
- Penyertaan – Pertandingan pencak silat sekolah- Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa pada 21-24Ogos 2006 Di stadium tertutup Paroi Seremban, Negeri Sembilan.
- Penyertaan – Pertandingan pencak silat sekolah- Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa pada 23-26Julai 2007 Di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam,Kota Bharu,Kelantan.
- Anugerah Atlet Silat Remaja Dunia 2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia di dewan sekolah sukan bukit jalil.
- Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia MSSM – MILO 2007 yang disampaikan oleh Dato’Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan De’Seri Endon,Puspanitapuri,Persint 10,Puterajaya pada 31 Julai 2008.
- Anugerah Tokoh Sukan Cemerlang Projek Kijang Emas Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kelantan yang disampaikan oleh YB.Dato’Noh Bin Omar,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 20 jun 2007 bertempat di Dewan SMK Putera.
-
Saturday, 8 February 2014
Friday, 7 February 2014
Tuesday, 4 February 2014
Saturday, 1 February 2014
Teralak Asli Malaysia tidak pernah ketandusan pendekar terbilang – SUKMA 1996
SUKMA 1996 menjadi saksi kehebatan pesilat-pesilat Teralak
Asli apabila 5 pesilat telah terpilih
mewakili negeri Kelantan. Pesilat –pesilat tersebut adalah saudara Raja Aswadi
Ariffin, Saudari Yusdeelah Jusoh, saudari Aszainizam, nor dan saudari Nik
Suriani. Kecemerlangan pesilat pada
tahun 1996 merupakan satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang
pada SUKMA 1998 di mana 7 pesilat Teralak Asli terpilih mewakili Negeri
Kelantan ( kisah SUKMA 1998 akan dimuatkan dalam entri akan datang). Keinginan untuk menaikkan nama Teralak Asli disamping
rasa kasih terhadap guru utama (Arwah Che Awe) menjadi dorongan kuat untuk
kesemua pesilat ini untuk terus berjuang hingga ke titisan keringat terakhir dan
seterusnya mencapai kejayaan.
Berikut merupakan gambar - gambar kenangan SUKMA 1996.
cikgu hanapi, arwah shamsudin (abg din), arwah che awe, paksu nor terlak 4 |
cikgu wan halim masih lagi dengan rambut hitam berkilat |
Thursday, 30 January 2014
Yang Dipertua PSSTAM - Cikgu Hanapi Ab. Rahman secara rasmi telah dilantik sebagai Presiden pertama Majlis Pendekar Malaysia cawangan Kelantan.
Cikgu Hanapi Ab. Rahman selaku Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia secara rasminya telah dilantik oleh Tan Sri Omar Din Mauju (Presiden Majlis Pendekar Malaysia -MPM) selaku Presiden pertama Majlis Pendekar Malaysia bagi Negeri Kelantan. Perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan kepercayaan Tan Sri terhadap kebolehan dan kewibawaan YDP PSSTAM untuk memimpin sebuah pertubuhan yang diangotai oleh pelbagai disiplin seni bela diri di Malaysia.
Teralak Asli mencipta sejarah - Jurulatih wanita pertama Malaysia
Pada tahun 2013 Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia telah mencipta sejarah apabila seorang
jurulatih pertubuhan telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai jurulatih wanita pertama negara untuk melatih skuad silat sukan SEA di Myanmar.
Beliau adalah Saudari Yusdeelah Jusoh. Berikut merupakan antara koleksi gambar beliau semasa menjadi jurulatih skuad silat negara. Semoga kejayaan beliau menjadi pendorong dan semangat kepada ahli pertubuhan untuk mencipta lebih banyak sejarah dan mengharumkan nama silat Teralak Asli.
Biodata Saudari Yusdeelah Jusoh
Nama : Yusdeelah bt Jusoh
D.O.B : 18 Januari
Tempat Lahir : Kg Bunut Payong
Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Teknologi Mara.
Pengalaman Kejurulatihan :
1) 2014 : Jurulatih SUKMA Kelantan di Perlis
2) 2013 : - Jurulatih Malaysia Sukan Sea Myanmar
- Jurulatih Remaja ASEAN school game di Vietnam
3) 2012 : Jurulatih SUKMA Kelantan di Pahang
4) 2011 : Jurulatih wilayah persekutuan Kuala Lumpur pasukan remaja di Melaka.
5) 2010 : Jurulatih Selangor pasukan remaja di Melaka
6) 1994 - 1998 : Jurulatih remaja Teralak Asli Kelantan.
Pencapaian sebagai Jurulatih:
1) 2014 : Pemilihan SUKMA kelantan ( 5 emas )
2) 2013 : -SEA games (2 emas, 1 perak, 4 gangsa)
- ASEAN school game ( 2 emas, 4 perak, 7 gangsa)
3) 2012 : SUKMA kelantan (3 emas, 1 gangsa)
4) 2011 : - 7 pesilat Teralak Asli Sepang mendapat emas dan terpilih mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Remaja Kebangsaan ( 1Perak, 2 gangsa).
5) 2010 : - 2 pesilat Teralak Asli sepang mendapat emas dan terpilih mewakili selangor.
- Remaja Malaysia ( 1 perak 1 gangsa)
MOTTO HIDUP : Jasad ini hanya pinjaman, berbaktilah kepada diri sendiri, silat teralak asli, bangsa, agama dan negara selagi nyawa dikandung badan.
SLOGAN : Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.

Wednesday, 29 January 2014
Makna tersirat disebalik lambang Pertubuhan
(1) Rekabentuk Logo/lambang
1.1 Cantuman dua bulatan di mana bulatan besar berwarna kuning mengandungi perkataan PERTUBUHAN SENI SILAT TERALAK ASLI MALAYSIA dan garis tepinya berwarna hijau dan hitam
1.2 Bulatan besar dihiasi dengan lilitan bengkung hijau yang tertera perkataan MALAYSIA berwarna putih.
1.3 Bulatan kecil berwarna merah terdapat dua tapak tangan berwarna putih.
1.4 Gabungan bulatan besar dan lilitan bengkung menzahirkan huruf 'Q' .
(2) Keterangan Logo/ Lambang
2.1 Dua tapak tangan berwarna putih membawa maksud penyatuan dan perjuangan yang suci.
2.2 Warna merah membawa maksud ketegasan dan keberanian.
2.3 Bulatan kuning melambangkan Raja Berpelembagaan.
2.4 Bengkung hijau merupakan anugerah tertinggi pertubuhan.
2.5 Warna hijau membawa maksud keimanan dan keislaman.
2.6 Warna hitam membawa maksud kekuatan dan semangat perjuangan.
2.7 Huruf 'Q' yang zahir dari gabungan bulatan besar dan lilitan bengkung hijau membawa maksud 'Quality'.

Saturday, 25 January 2014
Arkib Gambar Teralak Asli Malaysia
Sejarah Teralak Asli Di Malaysia
ABU TAMAM INDERAMUDA(ENDARMUDA)
Silat Teralak dibawa masuk ke Kelantan oleh Allahyarham Abu Tamam
Inderamuda(Endarmuda) Nasution yang berasal dari Hutarim Baru, Padang Sidimpuan
(Mandahiling) sekitar tahun 1920an. Abu Tamam masuk ke Kelantan selaku pegawai
Pentadbir Tanah untuk berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu. Beliau merupakan
salah seorang murid Syeikh Ali yang menguasai ilmu persilatan Teralak.
Abu Tamam memperturunkan ilmu persilatan Teralak ini kepada dua orang adik-beradik iaitu Allahyarham Harun Bin Daud(En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) yang berasal dari Kampung Puteh, Kota Baharu, Kelantan. Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) mempunyai ramai murid yang ada dikalangan mereka yang membuka gelanggang.
Allahyarham Harun Bin Daud (En Harun Store Keeper) dan Allahyarham Sa’id Bin Daud (Cikgu Sa’id) merupakan bapa saudara kepada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe). Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sangat beruntung apabila kedua-dua bapa saudaranya telah memperturunkan rahsia-rahsia ilmu persilatan Teralak kepada beliau secara rahsia (diajar secara sembunyi-sembunyi di atas rumah) tidak seperti orang lain yang diajar ramai-ramai secara terbuka.
Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) telah mendaftarkan secara rasmi Pertubuhan Silat Seni Teralak Kelantan pada tahun 1970. Berikut merupakan murid-murid Che Awe yang sempat mempelajari Ilmu Persilatan Teralak daripada Allahyarham En Rafei B. Abd. Samad (Che Awe) sendiri.
~Allahyarham Cikgu Rashid, Tuan Haji Che Muhammad Norawi Che Harun, Cikgu Hanapi B. Abdul Rahman, Cikgu Saffini B. Deraman.
~En Zuraidy, En Razali (Zaid), En Raja Mokhtar, En Hanizam B. Deraman. En. Azman TNB,
~En Mohd Aswadi Bin Arifin (Raja), En Nazrudin Bin Md Nawi, Pn Yusdeelah Binti Jusoh, En Aziz bin Remeli, Pn. Maznah Bt Yaacob, En. Johan b. Mohamad.
Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Kelantan (PSSTAK) kemudiannya dinaik taraf pendaftarannya kepada Pertubuhan Seni Silat Teralak Asli Malaysia(PSSTAM) di bawah pimpinan Yang Dipertua Cikgu Hanapi Abdul Rahman. Kini PSSTAM memiliki gelanggang bukan sahaja di Kelantan, malah turut ada gelanggang di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Sarawak, Pahang & Johor.

Subscribe to:
Posts (Atom)